Setiap pertemuan yang kita ada di dunia ini pasti ada perpisahan dan ini adalah kenyataan semua orang perlu sedari. Selalunya kita senantiasa berharap agar orang yang kita sayangi dan kasihi senantiasa berada di samping kita. Perkara ini adalah normal dan semua orang alaminya dalam setiap peringkat kehidupan baik yang muda mudi mahupun yang berusia. Datang dan pergi adalah lumrah dalam kehidupan ini baik mereka datang dan pergi untuk sesuatu yang negetif atau positif tetap perkara ini perlu dilalui oleh semua orang. kebimbangan akan kehlangan orang yang dikasihi adalah sesuatu yang berat untuk ditanggung tidak kira dia pergi untuk tujuan yang baik atau sebaliknya. Bagi yang pergi kerana tujuan yang baik, keberatan bagi mereka yang menbenarkan ia pergi adalah sementara sahaja kerana kita tahu kebaikan disebalik pemergiannya tetapi bagi seseorang yang pergi untuk tujuan yang salah, orang yang mengasihi mereka pasti hatinya luka, berat dengan beban,sedih dan pelbagai seribu satu perasaan yang dia alami. Yesus pergi untuk tujuan yang baik bagi mempersiapkan tempat bagi kita untuk bersama dengan Dia di surga kelak (Yoh 14:2). Kita yang menanti, menanti dengan penuh harapan akan kembali-Nya Dia yang mengasihi kita dan kita yang sanggup untuk memcabar dan menyangkal diri untuk mengasihi Dia dan memberi hidup bagi Dia. Kita tahu apa yang kita berikan kepada Tuhan tidak akan dipersiakan olehNya tetapi sebaliknya mendapat kehidupan yang kekal. Bagi kita yag pergi jauh dari Tuhan pasti hati-Nya sedih dan berduka kerana perbuatan kita. Perumpamaan anak yang hilang, pasti ayahnya sedih kerana sikap anaknya yang meninggalkan kerana sebab yang tidak munasabah. Namun saat kita kembali kerana kita sedar kesilapan kita maka Tuhan tetap menerima kita dengan seadanya.
Biar kita pergi kerana sesuatu tujuan yang baik bagi Tuhan kerana kita tahu akan kesudahannya.